SUDAH banyak kali Sidek menasihati Leman supaya jangan suka cakap besar dan bermulut celupar ketika bekerja menjaga enjin pam air yang disalurkan untuk menyiram pokok anak sawit di tapak semaian. Bagi Sidek, tiada gunanya bercakap besar dan bermulut celupar terhadap hantu atau syaitan. Jika tersilap cakap, ia boleh membawa padah kepada diri sendiri.
www.familiazam.com
Sewaktu bersekolah dulu, Sidek pernah mendengar kata-kata yang diucapkan seorang ustaz bahawa hantu atau syaitan adalah makhluk yang wujud secara ghaib dan kewujudannya ada diterangkan dalam al-Quran.
Namun, yang jelas Leman bukan mudah makan nasihat. Enjin pam air itu terletak dalam sebuah bangsal beratap zink kira-kira dua kilometer dari rumah tempat tinggal pekerja ladang.
www.familiazam.com
Sidek menjaganya pada sebelah malam, manakala Leman pada siang. Oleh kerana siang ada perkerja lain bekerja di tapak itu, Leman tidak berasa takut.
Disebabkan inilah, Leman celupar mulutnya dan suka bercakap besar. Lebih teruk lagi, dia suka menakut-nakutkan Sidek.
Bagi Sidek, dia bukan macam Leman. Orangnya peramah dan sukar mendengar dia mengutuk orang atau mencaci-cerca siapa saja. Dia juga tidak suka cakap besar. Jadi, tiada sebab kenapa dia perlu takut dengan makhluk Allah itu.
www.familiazam.com
Bahkan, buku kecil mengandungi surah Yasin serta doa sentiasa ada bersamanya ketika bekerja menjaga enjin pam air itu. Dia rajin membaca surah Yasin sementara mata mengantuk.
Sidek percaya makhluk Allah yang ditugaskan untuk menggoda dan menyesatkan manusia tidak berani menghampiri orang yang membaca al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah meminta perlindungan dariNya.
Walaupun Sidek sempat bersekolah setakat darjah enam, ilmu yang ada cukup untuk menjadi panduan hidup serta bersyukur dengan kerja yang dilakukan. Ini kerana kerja itu sesuai bagi orang yang tidak berkelulusan tinggi sepertinya.
www.familiazam.com
“Macam mana semalam dek? Ada tak hantu kacau kau? Kalau ada, kau panggil aje aku, nanti aku pulas telinganya,” kata Leman ketika mengambil alih tugas daripada Sidek suatu pagi.
“Alhamdulillah, aku tak ada apa-apa. Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhi daripada gangguan makhluk penggoda itu. Setakat ini tiada masalah lagi,” balas Sidek berlalu pergi meninggalkan Leman yang macam terpinga-pinga.
Sebelum ini Sidek dengar, ada pekerja yang menjaga enjin pam air itu diganggu. Ramai pekerja yang ditugaskan menjaga enjin pam air itu meminta majikan menukar mereka ke bahagian lain. Ada juga yang sanggup berhenti kerja kerana tidak tahan.
Antara gangguan yang mereka alami ialah pekerja yang tidur pada malam itu diangkat dari bangsal dan diletak dipinggir hutan berdekatan. Ada juga cerita menyatakan dada mereka ditekan oleh makhluk itu.
www.familiazam.com
Kira-kira jam 11 pagi selepas mengambil alih tugas daripada Sidek pada pagi itu, Leman yang ada di bangsal enjin pam air itu berasa sangat mengantuk. Ketika itu, pekerja lain berehat di tapak semaian.
Leman tertidur di bangsal itu. Kira-kira jam 2.30 petang, pekerja di tapak semain itu mula pulang. Sebelum pulang, pemandu traktor mengangkat pekerja untuk pulang ke bangsal enjin pam air itu.
Pemandu berkenaan menyangka Leman sudah pulang kerana dia tidak kelihatan di bangsal itu.
www.familiazam.com
Kira-kira jam enam petang, isteri Leman pergi ke rumah Sidek untuk bertanya kenapa suaminya belum pulang lagi.
Sidek mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kepada kawannya. Dia mengajak seorang ‘mandor’ yang menjaga pekerja tapak semaian dan beberapa pekerja lain mencari Leman di bangsal berkenaan.
Sebaik sampai di bangsal enjin pam air itu, Sidek segera mencari Leman. Dia terkejut melihat Leman di atas bumbung bangsal.
www.familiazam.com
Bagaimanapun, Leman sudah sedar daripada tidur tetapi tidak dapat turun dari bumbung bangsal.
Sidek kemudian mencari tangga kayu yang ada di sekitar bangsal untuk menurunkan Leman yang berwajah pucat kerana ketakutan.
Tuesday, September 8, 2009
padah mulut celupar
Posted by chad muska at 8:52 AM 0 comments
Formula mengubati mulut celupar
Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]
Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.
Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Wallahu’alam. Selamat mencuba,
Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat
Posted by chad muska at 8:39 AM 0 comments



